Kepada Ibu, Ayah dan Saudara-Saudari: Nyawa Orang Berkulit Hitam Bermakna Kepada Kami, Juga
Ini adalah versi Bahasa Malaysia surat terbuka yang ditulis oleh Letters for Black Lives (Surat-Surat untuk Kehidupan Orang Berkulit Hitam), sebuah projek yang dicipta untuk menterjemahkan sumber-sumber supaya komuniti kami boleh menyokong pergerakan #BlackLivesMatter. Surat asal telah ditulis dan diterjemahkan di atas usaha beratus-ratus orang yang ingin memulakan diskusi secara jujur dan hormat dengan ibu bapa dan saudara-mara mereka mengenai isu yang penting kepada mereka.
Kepada Ibu, Ayah dan Saudara-Saudari: Nyawa Orang Berkulit Hitam Bermakna Kepada Kami, Juga
Ibu, Ayah, Pakcik, Datuk, Nenek, dan Saudara-Saudari:
Kita perlu berbicara.
nagapoker faham yang anda mungkin tidak membesar bersama-sama dengan orang berkulit hitam seperti saya. Tetapi untuk saya, orang berkulit hitam adalah sebahagian besar di dalam hidup saya: mereka adalah jiran saya, teman sekolah saya, rakan sepasukan, rakan sebilik dan keluarga saya. Dan pada hari ini, saya bimbang tentang nyawa mereka.
Di tahun ini sahaja, polis Amerika telah membunuh lebih daripada 500 orang. Daripada ini 25% merupakan orang berkulit hitam, walaupun orang berkulit hitam adalah hanya 13% daripada seluruh penduduk di Amerika Syarikat. Awal minggu ini di Louisiana, dua pegawai polis berkulit putih telah membunuh seorang lelaki hitam bernama Alton Sterling yang hanya menjual CD di tepi jalan. Pada keesokkan harinya di Minnesota, seorang pegawai polis yang berbangsa Amerika-Asia telah menembak mati seorang lagi lelaki berkulit hitam bernama Philando Castile di dalam kereta semasa memberhentikan dia untuk rutin trafik semasa teman wanita dan anak perempuannya yang berusia empat tahun berada di dalam kereta. Seperti semua kes-kes sebelum ini, polis tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun mereka telah mengakhiri kehidupan mangsa-mangsa ini.
Ini adalah realiti yang membimbangkan rakan-rakan saya setiap hari.
Apabila kita mendengar tentang bahaya yang dihadapi oleh orang berkulit hitam di Amerika, naluri kita mungkin secara automatiknya membezakan diri kita dengan mereka, menjauhkan realiti kita dari nagapoker. Tetapi sebenarnya kita perlu meletakkan diri kita ke dalam realiti mereka.
Apabila anggota polis menembak orang berkulit hitam, mungkin anda fikir yang itu adalah salah atau akibat mangsa itu sendiri kerana anda telah melihat imej-imej media yang menggambarkan mereka sebagai penjenayah dan samseng. Anda juga mungkin berkata, komuniti kami telah berjaya datang ke Amerika dan membina kehidupan yang baik walaupun menghadapi diskriminasi juga, jadi mengapa mereka tidak boleh?
Izinkan saya berkongsi persepsi saya terhadap situasi ini.
Ya, memang benar orang Asia menghadapi diskriminasi di Amerika. Kadang-kala orang ramai mempersenda tentang cara kita bercakap, atau menahan promosi di tempat kerja kerana mereka tidak menganggap kita sebagai seorang yang mempunyai “kriteria pemimpin”.Sesetengah daripada orang Asia akan dilabel sebagai pengganas. Tetapi bagi sebahagian besar, tiada siapa yang akan berfikiran bahawa kita adalah “penjenayah berbahaya” apabila kita berjalan-jalan. Pihak polis tidak akan menembak mati kanak-kanak dan ibu bapa kita hanya kerana warna kulit kita.
Namun, ini adalah realiti rakyat nagapoker di Amerika. Sejarah orang berkulit hitam di Amerika adalah sebagai hamba kerelaan orang putih. Berabad-abad lamanya, masyarakat, keluarga, dan badan mereka telah digunakan untuk keuntungan orang lain. Selepas pemansuhan perhambaan, mereka terpaksa membina semula kehidupan mereka dengan diri mereka sendiri, tanpa sokongan sebarang institusi — tidak dibenarkan mengundi, memiliki rumah sendiri, dan sentiasa di bawah ancaman keganasan yang berterusan sehingga ke hari ini.
Dalam perjuangan untuk hak-hak mereka, aktivis orang berkulit hitam telah membina pergerakan yang membela peluang bukan sahaja untuk orang berkulit hitam, tetapi untuk komuniti kita juga. Orang kulit hitam telah dipukul, dipenjara, bahkan dibunuh kerana memperjuangkan hak-hak yang Amerika Asia menikmati hari ini. Maknanya, kita berhutang kepada mereka. Pada akhirnya, kita sememangnya bersama untuk memperjuangkan dan membantah sistem yang tidak adil di negara ini. Sistem yang mahu kita berlawanan antara satu sama lain.
Jikalau seorang sedang berjalan pulang dan ditembak oleh polis, pihak yang telah bersumpah untuk menegakkan keamanan — walaupun nama pegawai polis itu adalah Liang — itu adalah serangan ke atas kita semua, dan serangan ke atas semua harapan kita untuk kesaksamaan dan keadilan di bawah undang-undang.
Untuk semua sebab-sebab ini, saya menyokong pergerakan Black Lives Matter. Sebahagian daripada sokongan itu bermakna saya akan bersuara apabila saya melihat orang-orang dalam komuniti atau keluarga mengatakan atau melakukan perkara-perkara yang mengurangkan kemanusiaan orang berkulit hitam di Malaysia. Saya hanya mengatakan semua ini sebab saya sayang komuniti dan keluarga saya dan saya tidak mahu isu ini untuk memecah-belahkan kita. Saya hanya meminta bahawa anda cuba untuk merasakan kemarahan dan kesedihan daripada ibu-bapa dan kanak-kanak yang telah hilang orang yang tersayang kepada keganasan pihak polis. Saya berharap anda turut dapat menjiwai kemarahan dan kesedihan saya, dan menyokong saya apabila saya memilih untuk menjadi vokal dan membantah atas isu ini. Untuk tolong berkongsi surat ini dengan kawan-kawan anda dan menggalakkan mereka untuk menjadi memahami isu ini juga.
Sebagai anak kamu, saya bangga dan bersyukur kerana kamu telah mepertaruhkan segala-galanya untuk membawa saya ke negara ini, bahawa kamu telah tinggal untuk beberapa dekad di negara ini yang mungkin tidak selalu melayan kamu sebagaimana kamu harus dilayan. Kamu telah melalui semua kesukaran ini supaya saya tidak perlu mederita. Kamu telah mengalami Amerika yang prejudis, hanya untuk membawa saya lebih dekat kepada mimpi Amerika.
Tetapi saya berharap kamu boleh mempertimbangkan ini: Impian Amerika tidak boleh wujud hanya bagi anak-anak kamu. Kita semua dalam perjuangan yang sama, dan kita tidak akan selamat sehingga SEMUA rakan-rakan kita, orang tersayang, dan jiran-jiran boleh hidup aman. Impian Amerika yang kita semua berusaha kepada adalah tempat di mana semua rakyat Amerika boleh hidup tanpa rasa takut atas keganasan polis. Ini adalah masa depan yang saya mahu dan satu yang saya harap anda mahu juga.
Dengan cinta dan harapan,
Anak-anak kamu
Malaysian translation by

Tidak ada komentar:
Posting Komentar